Friday, September 11, 2009

.


.

~Tips Meraih Kebahagiaan~

  • Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur
  • Menyendiri untuk bertafakkur
  • Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
  • Perbanyakkanlah berzikir
  • Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk
  • Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
  • Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas
  • Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
  • Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan
  • Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud

.

~Kunci Kejayaan Duniawi dan Ukhrawi~

  • Kunci solat ialah taharah
  • Kunci ibadah haji ialah ihram
  • Kunci kebaikan ialah benar
  • Kunci syurga ialah tauhid
  • Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
  • Kunci kemenangan ialah sabar
  • Kunci tambahnya nikmat ialah syukur
  • Kunci keselamatan dunia akhirat ialah takwa
  • kunci terkabul permintaan ialah doa
  • Kunci maksiat ialah sombong
LANGIT BERWARNA BIRU
.
Langit berwarna biru
tenang, redup memikat kalbu
selimuti diriku dengan pakaian ketenanganmu
.
Langit berwarna biru
harum, mekar mewangi perdu
laksana mekarnya bunga nian di gerimis salju
.
Langit berwarna birul
ingkari daku cahaya Rabbulmu
agar bahagia mengitari liang sarafku
.
Langit berwarna biru
tetaplah dikau di situ
agar terhapus gelodak rindu
yang hanya mencantas waktu.

RaMadaN aL-mUbArAk...

.


~Kelebihan Ramadan~

  • Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
  • S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
  • Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
  • Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
  • Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

.

...SeLaMat BerPuaSa...

Wednesday, September 9, 2009

MEKAR SUAKA BAHASA

Tasik ilmu menakung warisan
tersasar ke muara percaturan
mencalar nobat maruah
bahasa sarat pekerti
terlerai secebis kerakusan

Betapa malang generasi
yang dahagakan seteguk jati diri
disajikan selautan budaya mendatang
yang menyembunyikan tembelang
tapi disanjung petualang

Mari kita melakar suaka bahasa
menagih cinta yang semakin terhimpit
setelah berabad dipusakai
sekelip mata terpalit noda

Sayu dan sendu
melagukan irama pilu
yang semakin layu
di minda dan dada Melayu

Benar pesanan Tuah
Melayu tak akan hilang
tapi tuturnya putar belakang
lancarnya tunggang-langgang

Celik IT...hahaha...



Yuhhuuu!!!

Tak sangka akhirnya aku jumpa jugak sijil kesayanganku ini...hahaha...maklumlah nak tunjukkan pada semua yang aku ni "advance" lah jugak...hehehe...

Bila difikir-fikir tentang ICT ni..tiba-tiba lak aku teringatkan balik yang aku pernah menyertai "Seminar Penggunaan ICT Manifestasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bestari...memang aku akui...seminar ini banyak memberi manfaat untuk diaplikasikan dalam proses P&P kelak..maklumlah aku kan bakal menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang celik IT...walaupun program ini hanya berlangsung selama sehari namun ianya telah berjaya untuk membuka minda bakal-bakal guru Bahasa Melayu akan kepentingan ICT...dan aku sangat bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk menghadiri seminar ini...Alhamdulillah...
.

Haaa...baru clear sikit

Thursday, September 3, 2009

Santapan Rohani...

JANGAN BERSEDIH & MENEROBOS SEMPADAN DIRI



Aku suka kedua-dua buah buku ini...

apabila aku membaca buku-buku ini...

barulah aku mengerti akan sebuah kehidupan...

dan aku juga sedari betapa ceteknya ilmuku selama ini..

alangkah malunya aku...

makin lama aku menghayati buku-buku ini makin aku kenali diriku ini...

di sinilah kutemui sumber kekuatan dan inspirasi...

untuk aku terus gagah melangkah menuju kehidupan yang lebih bermakna.

.

--------------------------------------------------

~Penawar Keresahan, Kesedihan, Emosi & Amarah HATI~

.

.

  • Berusaha menghilangkan perasaan marah.
  • Berwudhu'. Marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Wudhu' itu adalah senjata orang mu'min."
  • Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia, dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah berbaring.
  • Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara.
  • Sebolehnya mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Wednesday, September 2, 2009

BAHASA

Mari kita berbahasa
sebaiknya

bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur

Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru

Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah

Mari kita berbahasa
sebaiknya

Dengan bahasa
budi dipertingkatkan
mesra diperlebarkan
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama

Jika tanpa bahasa
bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini

Mari kita berbahasa
sebaiknya

Hasil Nukilan
Rahman Shaari